Family meant everything to me~ What others thinking about us~ I won't mind at all~ Because I know I live a happy life with him and her~ Nobody should question how we would spend our life & how our life will turn out to be~ Nothing else matter .. LIFE AS WE KNOW IT
Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Helping Your Kid To Start The First Step.. Membantu Anak Atau Bayi Berjalan..


1. Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga semasa mengajar anak kecil anak berjalan.

2. Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

3. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.

4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.

7. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

9. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.

10. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.

11. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.

13. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.

*Can't wait to experience Lil Farha running around the house... =D

Credit for Pa&Ma.. http://pama.karangkraf.com/

Wednesday, October 31, 2012

!!! Milk Booster !!!

MyEm0.ComSemoga dapat memberi panduan kepada yang memerlukan seperti saya sendiri.. 





Makanan

1. Lobak Putih :
    A. Dimasak sup (+daun kucai & ikan bilis)
    B. Kikis + rendam dengan air suam (minum)

2. Buah Longan Kering
    Rebus dengan kurma| kismis | barli
    *Untuk extra umpphhh tambah gula merah


3. Kurma
    Sunnah | pelbagai khasiat (protein,serat,glukosa, vitamin A n Vitamin C) | kalori segera untuk ibu hamil/ menyusu

4. Pucuk betik / Betik muda
    A. Makan mentah
    B. Ulam-ulaman

5. Halba/Fenugreek
    A. Letak dalam masakan (sup/kari/nasi)
    B. Rendam satu sudu halba dengan air suam (minum)

6. Jintan Hitam/Black Seed
Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

7. Jantung Pisang
    A. Boleh dicelur (jadikan ulaman)
    B. Masak gulai lemak

8. Daun cekur manis/pucuk manis
Masak gulai lemak

9. Bunga Melur
Giling hingga halus | Tampal pada sekeliling payudara waktu pagi sebelum mandi


10. Kacang Hijau
Jadikan bubur bersama beras merah

11. Sayur bendi, daun kucai, bayam, petola, daun turi
Makan dengan nasi | masak lemak

12.Kacang Soya
Air Soya | Tempe | Tauhu


13. Pengambilan air masak sekurang2nya 2liter sehari

14. Pemakanan seimbang : lebihkan sayuran n buahan


Psikologi 
*Digalakkan ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilka mencukupi untuk bayi.
*Elakkan stress, sentiasa tenang

Yang Lain
*Pam susu dengan kerap (supply n demand) sebaiknya mengepam 2-3jam sekali.
*Berdoa setiap kali lepas solat n berzikir (zikir menambahkan susu) agar dapat menyusukan bayi hingga 2tahun.